Kes Bunuh Warga Emas Di Alor Setar Selesai


ALOR SETAR – Kes seorang wanita warga emas yang ditemui mati dengan kesan jerutan dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia di sini pada 25 Feb lalu dianggap selesai susulan penahanan seorang lelaki.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek berusia 44 tahun tersebut diberkas pada 28 Feb lalu di ibu negara selepas dikehendaki berkaitan satu kes pecah rumah di Taman Golf Alor Setar.

Menurut sumber, suspek membuat pengakuan berhubung kes warga emas berkenaan ketika dalam tahanan reman berkaitan kes pecah rumah di Alor Setar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Baling yang baharu, di sini semalam.

Turut hadir sama Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Mengulas lanjut hal tersebut, Noor Rashid berkata suspek dipercayai masuk ke rumah Kau Fu Eng, 71 untuk menyamun namun bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian mangsa selepas menyedari wanita tersebut berada di rumah.

Siasatan turut mendapati suspek yang berasal dari Johor dan tidak bekerja itu mempunyai 17 rekod lampau membabitkan dadah dan pecah rumah.

“Susulan penahanan suspek, kes dianggap selesai dan suspek akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya memetik Bernama. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com