Kes Bunuh, Gantung Di Bilik Hotel: Rakan Sebilik Direman Tujuh Hari


ALOR SETAR - Dua individu menjadi suspek utama dalam siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki di sebuah bilik motel dekat Jalan Cinta Sayang, Taman Bandar Baru, Sungai Petani kira-kira 9.40 malam tadi direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, kedua-dua suspek itu berusia antara 20-an berasal dari Sungai Petani.

Suspek dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 Mac ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Noor Lyana Ab Rahim dan selesai kira-kira 10.45 pagi tadi.

Apa yang difahamkan Saifi, suspek ditahan kurang dari tempoh enam jam dari kawasan perumahan berdekatan lokasi kejadian.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa mangsa, E Muniandy, 59, ditemui mati dalam bilik motel berkenaan selepas dipercayau berlaku pergaduhan bersama dua lagi rakan yang turut daftar masuk pada jam 6.10 petang.

Mereka dipercayai menyewa bilik motel untuk tempoh dua jam.

Bagaimanapun, pada jam 8.10 malam, pekerja motel terdengar bunyi bising pergaduhan berlaku di bilik terbabit sebelum menemui mangsa dalam keadaan leher dijerut sebelum suspek keluar meninggal lokasi kejadian. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com