Kerana Ketampanannya, Pemuda Ini Diculik 3 Wanita


HANGZHOU – Tiga wanita dilaporkan kepada pihak berkuasa, kerana mereka menculik lelaki kacak.

Kejadian itu bermula, ketika tiga wanita dan teman lelaki yang baru dikenalinya itu keluar dari sebuah kelab malam.

Apabila memanggil teksi di pinggir jalan untuk pulang ke rumah, mereka melihat seorang lelaki muda yang kacak.

Lelaki tersebut dilaporkan bersama seorang teman wanita. Keduanya juga sedang menunggu teksi untuk pulang. Tiga wanita itu segera membuat rancangan.

Mereka menawarkan teksi yang mereka panggil pada lelaki itu. Kemudian paksa tiga wanita menyeret lelaki tersebut ke dalam teksi.

Merasakan sesuatu yang tidak kena, teman wanitanya bergegas kembali ke kelab untuk mendapatkan bantuan.

Pekerja kelab yang mahu membantu lelaki ini malah diserang, hidungnya patah dan mukanya bengkak.

Tiga wanita mabuk itu menyerbu pekerja itu dan memukulnya. Rakan lelaki itu juga terlibat dalam pertarungan yang berlangsung sekitar 2 hingga 3 minit.

Pekerja club berjaya melarikan diri dari perbalahan itu. Polis kemudian tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan berkata, terdapat pergaduhan berlaku di bar pintu masuk.

Ternyata yang memanggil polis adalah teman lelaki ketiga wanita tersebut. Dia meninggalkan tempat kejadian selepas pegawai polis tiba. Tiga wanita berusia 20 tahun itu ditahan di tempat kejadian.

Sementara seorang kawan lelaki tiga wanita ditangkap di sebuah motel berdekatan. Semua empat telah didakwa mengikut undang-undang.

Lelaki dan seorang wanita yang bertindak agresif ditahan selama 10 hari dan didenda RM300 Sementara 2 wanita lain ditahan selama 7 hari dan didenda RM184.32

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com