Kedah Rubber City Bukan Sekadar Manifesto BN Kedah


ALOR SETAR - Pembangunan Kedah Rubber City di Padang Terap, dekat sini, bukan sekadar manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah, sebaliknya ia projek yang sudah diluluskan dan sedang dilaksanakan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, beliau tidak menafikan berdepan beberapa masalah membabitkan kontraktor sehingga satu projek mega bernilai lebih RM320 juta yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), tergendala seketika.

"Kita berdepan beberapa masalah dengan pihak kontraktor yang menjalankan kerja membangunkan infrastruktur. Bagaimanapun, kita sudah melantik kontraktor baharu untuk meneruskan kerja berkenaan di kawasan projek.

"Projek ini memerlukan masa dan kita akan selesaikan satu persatu masalah yang timbul. Kerja pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar," katanya memetik BH Online.

Berikut adalah ucapan beliau ketika menghadiri program Makan Tengah Hari dan Ramah Mesra bersama pengundi Cina sempena Jelajah Muafakat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kampung Bharu Bedong di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata, tiada pengambilan tanah dalam projek itu kerana ia dibangunkan di atas tanah Tradewinds, sebuah syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

"Status bagi projek itu kini di peringkat Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan NCIA. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya," ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com