Kasihan Penerima Bantuan, Wang Diterima Dari Kerajaan Dihukum "Haram" Oleh Mahathir



Kelmarin lebih 300,000 pesawah seluruh negara menerima bantuan khas daripada kerajaan. 

Walaupun jumlahnya tidak besar iaitu RM600 untuk tiga bulan, tetapi amat bermakna dan diterima dengan penuh kesyukuran oleh para pesawah.

Semasa lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Jerlun, Kedah masjid, sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah pondok di negeri juga menerima bantuan.

Namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika membuat ucapan ringkas dalam perhimpunan Bersih 6 di ibu negara semalam menyifatkan segala pemberian dan bantuan kerajaan itu adalah 'haram'.

Oleh itu Dr. Mahathir 'menghukum' mereka yang mengundi Barisan Nasional juga akan menjadi 'undi haram' kerana mendakwa wang itu  'dicuri dari kerajaan. ' 

Lebih mengejutkan lagi beliau turut membuat dakwaan bahawa Najib tidak lagi 'menyembah Tuhan' tetapi 'menyembah wang'.

Kasihan para penerima bantuan kerajaan itu, usaha murni kerajan untuk membantu dan membela kehidupan golongan petani dan rakyat miskin telah diputar belit sebagai pemberian haram oleh Dr. Mahathir semata-mata kerana kepentingan politik peribadinya.


Ucapan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu disambut gembira oleh penyokong pembangkang dan peserta Bersih 6 yang turun ke jalan bagi menyokong Pakatan Harapan  menentang pembentangan .usul persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen semalam.

Selain Dr. Mahathir, beberapa pemimpin Pakatan Harapan turut menyertai perhimpunan tersebut termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM); Tan Sri Muhyiddin Yasin, Penasihat DAP; Lim Kit Siang, Presiden PKR; Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Ini bukan kali pertama, Dr. Mahathir mendakwa pemberian bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rasuah dan haram, tetapi bantuan lain juga dianggap 'rasuah dan dedak' daripada kerajaan untuk memenangi pilihan raya.

Namun dakwaan Dr. Mahathir kali ini lebih teruk kerana menyifatkan segala wang kerajaan yang diterima oleh rakyat adalah 'haram', ini termasuk elaun dan pencen yang diterima oleh beliau, ahli parlimen pembangkang dan penjawat awam.

Tindakan Dr. Mahathir, pemimpin pembangkang dan Bersih 6 yang berdemostrasi bagaimanapun sia-sia sahaja kerana Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya itu dengan 129 menyokong dan 80 menentang. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com