'Kami Ada Gelaran Ayahanda, Abang Long Tapi Kami Bukan Samseng' - Pekemim



MACHANG - Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Prihatin Malaysia (Pekemim) bukan kumpulan samseng atau berpuak-puak dengan kepentingan tertentu sebagaimana digambarkan sesetengah masyarakat.

Pengerusi Pekemim Parlimen Machang, Noraziminazuwal Nordin berkata, sekalipun mengunakan gelaran ayahanda, abang long, abang chik dan sebagainya namun ia hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.

Katanya, terdapat pelbagai pandangan masyarakat mengenai pertubuhan tersebut terutamanya apabila melihat kepada penggunaan istilah 'ayahanda' bagi pengerusi pertubuhan di satu-satu kawasan.

"Sebab itu apabila ada aktiviti, kami akan libatkan masyarakat setempat dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka sekaligus mengeratkan hubungan.

"Pekemim sentiasa mengalu-alukan penyertaan masyarakat yang mana bertujuan membina ukhwah dan hubungan baik antara satu sama lain  di kalangan masyarakat Islam di seluruh negara," katanya kepada Sinar Harian pada hari keluarga dan ukhwah Pekemim Parlimen Machang di Kampung  Padang Selising, di sini, semalam.

Majlis tersebut berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 3,000 pengunjung yang terdiri daripada ahli dan masyarakat setempat.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com