Kaedah Unik Guru Ghana Ajar Murid Guna Komputer


ACCRA – Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Ghana mempunyai kaedah unik mengajar murid-muridnya memahami cara menggunakan komputer dan internet dengan betul.

Menurut portal berita mirror.co.uk, Owura Kwadwo diberi tugas untuk mengajar subjek teknologi maklumat tanpa dibekalkan dengan komputer atau komputer riba.

Tetapi dia tetap berusaha memastikan murid-muridnya dapat menguasai asas penggunaan komputer dan internet dengan hanya melukis gambar rajah lengkap skrin komputer pada papan hitam.

Menariknya, lukisannya me­nun­jukkan semua tab dan butang berbeza yang dipaparkan pada skrin komputer berserta penjelasan tentang fungsinya dengan begitu terperinci.

“Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk membantu pelajar memahami pelajaran mereka. Pengajaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah di Ghana sangat lucu. Inilah cara saya, mengajarnya di papan hitam.

“Saya melakukannya untuk membuat pelajar saya memahami apa yang saya ajar. Sekurang-kurangnya saya dapat memberi gambaran tentang apa yang me­reka akan lihat seperti mereka ber­ada di hadapan skrin kompu­ter,” jelasnya.

Owura memuat naik gambar lukisan berkenaan di media sosial dan telah dikongsi oleh ribuan pengguna laman Facebook yang teruja dengan teknik luar biasa itu.

Guru itu juga turut menerima mesej daripada beberapa individu yang menawarkan untuk me­nyum­bang komputer riba dan projektor untuk membantunya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com