Juruterbang Main Snapchat Digantung Tugas


LONDON -Dua juruterbang pesawat tambang murah digantung tugas selepas merakam diri mereka bermain permainan di aplikasi Snapchat ketika melakukan penerbangan dari Paris ke Madrid, Rabu lalu.

Rakaman itu menunjukkan kedua-dua juruterbang syarikat EasyJet menari di tempat duduk masing-masing bersama watak kartun menerusi aplikasi berkenaan.

The Sun melaporkan, ia dimuat naik oleh Kapten Michel Castelucci di media sosial.

Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kedua-duanya digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Walaupun tahap keselamatan penumpang dikompromi, namun apa dilakukan ini jauh berbeza daripada kualiti juruterbang kami.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima dan tidak mewakili ribuan juruterbang profesional yang berkhidmat dengan penerbangan ini.

“Kami memandang serius perkara ini dengan menggantung tugas juruterbang berkenaan (mengikut prosedur) sementara menunggu siasatan disiplin,” katanya.- Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com