Juruterbang Mabuk Dalam Kokpit, Penerbangan Terpaksa Batal


BERLIN – Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Portugal ditahan di Stuttgart selepas didapati mabuk dalam kokpit sejurus sebelum berlepas, kata polis dan pendakwa raya Jerman kelmarin.

Polis Jerman memasuki kokpit dan menemui lelaki berusia 40 tahun itu dalam keadaan khayal petang semalam, menurut kenyataan.

Pegawai lapangan terbang mengeluarkan amaran selepas menemui juruterbang itu ‘berbau alkohol dan tidak boleh berjalan dengan stabil’.

Pendakwa raya Stuttgart segera menggantung lesen penerbangan pembantu juruterbang itu dan mengenakan ikat jamin 10,000 euro (RM48,410).

Pihak berkuasa Jerman tidak menamakan syarikat penerbangan tetapi penerbangan syarikat TAP yang dijadualkan berlepas dari Stuttgart ke Lisbon semalam dengan 106 penumpang, dibatalkan. 

Sumber– AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com