Jaspal Singh Calon BN DUN Bukit Selambau?


Pengerusi MIC Kedah, Datuk Jaspal Singh dijangka  akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang terletak dalam Parlimen Merbok.

Jaspal juga  ialah Naib Presiden MIC kebangsaan kini giat turun ke padang termasuk menemui masyarakat dalam DUN berkenaan dan gerak kerja politik bersama komponen BN.

Walaupun ia belum rasmi, tetapi Bukit Selambau biasanya akan ditandingi oleh calon MIC selepas diserahkan UMNO pada satu ketika dahulu.  Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO terakhir ialah Datuk Mohd Badri Yunus. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum ini menyatakan status quo akan dikekalkan antara parti dalam komponen BN pada pilihan raya umum 2018. Ini bermakna tiada perubahan di segi pembagian kerusi DUN antara parti dalam komponen BN.

Beliau juga menyatakan kerajaan negeri memerlukan wakil rakyat daripada keturunan India dalam barisan Exco negeri seperti mana yang diamalkan pada waktu dahulu.

Selain Bukit Selambau, DUN Lunas juga dijangka akan diwakili calon MIC di negeri ini.

Pada PRU13, DUN Bukit Selambau dipertahankan oleh calon PKR,  R. Krishnamoorthy  dengan majoriti 530 undi dalam pertandingan lima penjuru. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com