Izreen Azminda Tidak Terkesan Dengan Kecaman Netizen


KUALA LUMPUR  - Pelakon kontroversi yang didakwa menjadi punca perceraian Ude Wahid dan bekas isterinya, Intan Liana iaitu Izreen Azminda, 33, mengakui tidak terkesan dengan kecaman netizen yang dilemparkan kepadanya sejak bergelar isteri kepada pemuzik bebas berkenaan.

Berkata kepada Utusan Online, Izreen mengakui dia berada dalam keadaan okey dan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat akan dirinya.

“Alhamdulillah, saya jalani hidup seperti biasa dan baik-baik sahaja. Jangan bimbang,” ujarnya ringkas menerusi pesanan WhatsApp.

Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Wahid, 30, sah menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 23 Mac lalu.

Rumah tangga Ude dan Intan dibina pada 1 Mac 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3 dan Areq Muqri yang baru berusia setahun.

Namun, pada November tahun lalu, secara eksklusif Intan mendedahkan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sanggup hidup bermadu selepas membongkarkan pernikahan rahsia antara Ude dan Izreen.

Ekoran itu, Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka mengenai statusnya yang sah menjadi isteri kedua lelaki berkenaan sejak 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Damansara, Petaling Jaya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com