Isteri Berguling Sejam Atas Jalan Elak Suami Ditahan


GARA-GARA tidak mahu suaminya ditangkap polis, seorang wanita di China tiba-tiba ‘sawan’ berguling-guling di hadapan kereta peronda polis.

Menurut laporan Astro Awani, wanita yang dikenali sebagai Quan melakukan perangai pelik demikian selepas suaminya mahu diheret ke balai polis gara-gara gagal mengemukakan lesen memandu atau dokumen pendaftaran motosikalnya.

Manakala anak perempuan yang bersamanya pula tidak berhenti menangis.

Lebih teruk lagi, wanita itu enggan mendengar nasihat pihak polis supaya tidak berbuat berbuat demikian (berguling-guling) sehinggalah meminta bantuan pasukan paramedik.

Quan memberitahu pasukan perubatan itu mahukan suaminya dilepaskan tetapi pasukan polis enggan berbuat demikian.

Kejadian yang berlaku di wilayah Changing melibatkan tiga beranak yang sedang menaiki sebuah motosikal ditahan pihak polis dalam pemeriksaan rutin.

Suaminya yang dikenali sebagai Wang, gagal menyerahkan dokumen yang diminta oleh pegawai polis.

Pihak polis telah menahan Wang untuk siasatan lanjut.

Sementara Quan telah berjaya dipujuk oleh pasukan paramedik selepas sejam ‘menggelupur’ di bawah kenderaan polis.

Quan dan anaknya telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com