Ini Jawapan Lelaki Yang 20 Tahun Tinggal Sendirian di Pulau Terpencil


Kisah hidup seorang lelaki bernama David Glasheen, 73, jelas tidak normal. Dipetik dari New York Post, Glasheen memutuskan untuk meninggalkan orang ramai.

Hanya disertai anjingnya, lelaki ini memutuskan untuk hidup bersendirian dan bersatu dengan alam semula jadi.

Hebatnya, Glasheen telah menghabiskan masa selama 20 tahun di tempat terpencil itu. Sebelum pindah, Glasheen merupakan pengusaha kaya raya yang muflis  pada 1997.

Setelah muflis Glasheen tinggal di sebuah pulau terpencil. Keputusan tersebut cukup mengejutkan sebab Glasheen dikhabarkan mempunyai saham di perlombongan emas di Papua New Guinea, yang bernilai kira-kira RM100 Juta

Namun, lihat nasibnya kini. Dia hanya tinggal bersama anjing bernama Polly di sebuah pondok di pulau terpencil.

Namun, dia juga cukup beruntung kerana tempat tersebut mempunyai elektrik dan air bersih tetapi  terhad.

Dalam temu bualnya, Glasheen mengakui tidak mahu kembali ke dunia ‘normal’, di mana dia mempunyai jiran atau bersosial dengan ramai orang.

Alasan Glasheen sangat menusuk. Di tempat terpencil itu walaupun ada ular, labah-labah dan buaya tetapi ia lebih selamat daripada tempat lain yang dipenuhi dengan serangan pengganas.

“Saya suka di sini kerana saya mempunyai kebebasan, tidak peduli betapa tua dan betapa kuat, saya disini masih boleh pergi ke tempat dan tidak akan diserang,” katanya.

Di tempat tersebut Glasheen merasa dirinya seperti berada di syurga dan dia mengaku tidak akan ada tempat lebih baik daripada syurga alam di bumi ini.

Glasheen berkata: “Saya ingin mati disini, kerana di sinilah adalah syurga saya di bumi ini,” katanya.

Glasheen sebenarnya bukanlah orang yang bodoh dan miskin. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya di Country Cork, Ireland.

Glasheen dididik di sebuah sekolah berasrama swasta dan memulakan kerjayanya sebagai seorang usahawan sejak berada di Universiti.

Bagaimanapun, kerjayanya semakin pudar apabila dia mengalami muflis akibat kemelesetan ekonomi global pada tahun 1987.

Isterinya meminta ceraia dan hidupnya tidak menentu.

Dalam keadaan sukar, dia memilih untuk melarikan diri ke Pulau Pemulihan Akar yang terletak sekitar 621 batu dari Cairns.

Beliau menghabiskan banyak tahun di sana dan menghiburkan para pelancong.

Tetapi dilaporkan pengunjung telah berkurang dan hanya menerima kunjungan selama 12 orang dalam satu tahun.

Perkara yang dahsyat yang dialami Galsheen adalah ketika dia digigit oleh labah-labah beracun beberapa tahun yang lalu.

Dia bernasib baik kerana  sembuh . Setiap hari dia berkebun dan mencari makanan di laut seperti ketam, ikan dan udang.

Harapan terakhir sekarang adalah untuk mempunyai pasangan yang ingin hidup bersama di tempat terpencil yang jauh daripada orang ramai.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com