Identiti Pemandu Rentung Di Lebuhraya Dekat Bukit Kayu Hitam Disahkan


MAYAT yang ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan kereta Nissan Cefiro di Kilometer 6.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Bukit Kayu Hitam, semalam disahkan sebagai Dr Tan Kia Hock, 71.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat tersedut asap berlebihan.

Katanya, pengesahan identiti mayat mangsa dilakukan berdasarkan perbandingan rekod pergigian oleh Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, hari ini.

Tinjauan mendapati mayat mendiang masih berada di Jabatan Forensik hospital berkenaan, dan dijangka akan dituntut ahli keluarganya.

Dalam kejadian pada 10 pagi, kereta itu ditemui terbakar 90 peratus di tepi jalan dan mayat mangsa rentung 100 peratus di tempat duduk pemandu.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut selepas siasatan awal tidak menunjukkan sebarang perbuatan khianat.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com