Gurauan Gantung Diri Akhirnya Bertukar Jadi Tragedi


Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas bergurau dengan ibunya kononnya dia telah menggantung diri. Pada hari kejadian, kanak-kanak itu, Precise Tucker, 7, telah mengikat tali pada lehernya.

Tali itu kemudiannya diikat pada pemegang peti sejuk di rumahnya di New York.

Ibunya, Purity Baldwin yang menyangka anaknya itu bergurau, kemudian keluar dari dapur bersama dengan anak lelakinya yang berusia 15 tahun. Ketika itu Tucker masih terikat dengan tali berkenaan.

Hanya selepas abangnya masuk semula ke dalam dapur, barulah dia menemui Tucker sedang tercekik dengan kerepek Doritos yang dimakannya.

Purity kemudiannya mengeluarkan kerepek yang tercekik di leher Tucker sebelum melakukan CPR.

Dia dikejarkan ke hospital dan mula bernafas sendiri selepas CPR dilakukan namun tidak lama kemudian, Tucker terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat.

Doktor pakar yang menjalankan pemeriksaan pula mendapati Tucker gagal dalam semua ujian perubatan yang dijalankan dan disahkan mengalami mati otak.

Tucker meninggal dunia dua hari selepas kejadian tersebut.

Polis kini menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut. Menurut keluarganya Tucker memang suka bergurau hinggakan ada kalanya menyebabkan kecederaan kepada dirinya sendiri.

Sumber – Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com