Guan Eng "Malu Besar" Zenith Tarik Balik Tuduhan, Mohon Maaf Pada Azeez


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng "malu besar" apabila syarikat kontraktor Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd memohon maaf dan menarik balik tuduhan rasuah ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung projek terowong dasar laut.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP secara gelojoh mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menahan Azeez untuk siasatan kononnya Ahli Parlimen Baling itu menerima  jutaan ringgit daripada syarikat itu.

Seharusnya Guan Eng juga perlu minta maaf kerana begitu cepat membuat tuduhan terhadap Abdul Azeee di samping menuding jari kepada SPRM kerana tidak ambil tindakan.

"Kenapa Azeez tidak ditangkap, kenapa dwi-standard? Kenapa SPRM pilih kasih? kata Guan Eng yang dipetik dari Malaysiakini.

"Adakah mereka benar-benar cuba menyiasat kegiatan rasuah?" soal Guan Eng sambil menambah bahawa malah Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy juga disoal-siasat berhubung projek berkenaan.

"Saya mempersoalkan mengapa SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya. Saya menjangkakan saya akan dipanggil tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Komtar baru-baru ini.

Abdul Azeez pada sidang media semalam menjelaskan pihaknya menerima surat daripada peguam Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd melalui peguamnya menyatakan kekesalan syarikat tersebut berikutan berlaku salah guna nama beliau.

Menurut Abdul Azeez susulan itu, beliau dan peguamnya akan berbincang semula sama ada akan menarik balik laporan polis yang dibuat atau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnahnya itu.

“Dengan surat pengakuan ini, ia menunjukkan saya tidak bersalah dalam hal ini dan semua yang dikatakan ke atas saya, hanya fitnah. Selain mengakui nama saya disalah guna, Zenith juga akan berusaha untuk membersihkan nama saya semula.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak terutamanya pembangkang, agar tidak terus menuduh saya dalam kenyataan mereka berhubung perkara ini. Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terus memfitnah saya,” katanya kepada media.

Beliau berkata, fitnah yang dilemparkan oleh Guan Eng itu bukan sahaja tersebar luas di media sosial, tetapi juga mendapat perhatian penduduk kampung.

"Saya difitnah ambil duit daripada syarikat kepunyaan DAP. Saya telah buat laporan polis mengatakan saya difitnah," kata Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji. - Kedahnews.com

1 comment:

  1. orang ramai sangat mengharapkan datuk sri azeez meneruskan saman kepada pihak yang fitnah beliau demi memberi pengajaran pada sesiapa yang terlibat dan untuk membuktikan bahwa tiada perjanjian bawah meja antara datuk sri azeez dengan pihak yang memfitnah nya

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com