Gereja Paling Suci Di Palestin Bantah Cukai Israel


BAITULMAQDIS – Gereja paling suci penganut agama Kristian ditutup secara mengejut pada Ahad baru-baru ini sebagai tanda bantahan terhadap polisi percukaian baharu rejim Zionis Israel.

Church of the Holy Sepulchre telah ditutup setelah keputusan dicapai oleh gereja-gereja yang berkongsi pengurusan rumah ibadah itu. Ia bagaimanapun dibuka semula pagi Rabu sempena sambutan Hari Easter tidak lama lagi.

Sebelum itu, Gereja Greek Ortodoks, Roman Katolik dan Apostolik Armenia mencapai keputusan untuk tutup setelah Parlimen Israel atau Knesset dijangka membahaskan satu usul baharu mengenai cukai premis tersebut.

Ini membolehkan tanah milik Gereja Greek Ortodok dan Roman Katolik selepas tahun 2010 dirampas kerajaan Israel. Ketua gereja terlibat menyatakan protes terhadap usul itu dan tindakan kutip cukai daripada tanah mereka.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh akhbar ternama Haaretz, pihak gereja telah menyelar tindakan biadab rejim Zionis dan menyifatkan ia merupakan penindasan kepada penganut agama Kristian di tanah suci tersebut.

“Ini kempen sistematik yang tindas gereja dan masyarakat Kristian di tanah suci,” menurut kenyataan bersama dikeluarkan sambil menyamakan tindakan Israel sebagai bentuk penindasan yang pernah dialami oleh Yahudi.

“Ia sekali gus mengingatkan kita (penganut Kristian) kepada undang-undang zalim serupa yang pernah juga dilaksanakan ke atas orang Yahudi sendiri pada zaman kegelapan di benua Eropah ratusan tahun lalu.”

Para kepimpinan gereja telah mengingatkan berulang kali bahawa tindakan ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan hak-hak pemilikan hartanah dan akan menentangnya melalui saluran diplomasi dan perundangan.

Gereja itu yang terletak di bandar lama Baitulmaqdis Timur dipercayai amat suci bagi masyarakat Kristian kerana dianggap laluan Nabi Isa AS sebelum disalib dan kemudian disemadikan.

Sumber  – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com