Generasi Akan Datang Tanggung Beban Hutang Jika Pakatan Harapan Perintah Negara


Generasi akan datang  terpaksa menanggung bebanan hutang jika berpandukan manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan  cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta memansuhkan tol.

Langkah menghapuskan GST dan tol itu akan  menyebabkan hutang negara bertambah tinggi selain sukar bagi kerajaan bagi melaksanakan pembangunan dan membayar elaun khas kepada penjawat awam.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak tertipu dengan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan tol seperti mana yang digariskan dalam manisfesto mereka.

Menurut Perdana Menteri, tambahan hutang negara dijangka bertambah kepada RM416 billion jika pembangkang hendak menghapuskan tol dan GST itu.

Najib berkata, realiti tersebut yang perlu diterima oleh rakyat jika mereka percaya kepada janji Pakatan Harapan yang akhirnya bakal memberi kesan kepada generasi akan datang termasuk pelajar sekarang iaitu terpaksa menanggung bebanan hutang tersebut.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tambahan hutang negara dijangka bertambah kepada RM416 billion jika pembangkang hendak menghapuskan tol dan GST itu.

“Pembangkang kata kita tambah hutang negara tetapi manisfesto mereka lagi dasyat akan menyebabkan negara berhutang lebih tinggi.

“Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat. Kita tidak tipu, kita beritahu atau laksana perkara yang kita mampu bukan sekadar berjanji sahaja. Apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pelajar politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada majlis Sembang Bajet 2018 di ) kampus tetap Unimaps di Ulu Pauh di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim

Sementara itu Najib berkata,  kerajaan tidak boleh menyediakan kemudahan yang semuanya percuma kepada rakyat kerana langkah itu tidak akan mengembangkan ekonomi negara.

Jika ekonomi tidak berkembang, rakyat tidak akan ada peluang  kerja dan perniagaan, ujarnya.
Namun demikian, katanya  kerajaan telah menyediakan peluang untuk belajar dengan percuma melalui pendidikan yang demokratik dan meluas.

Kerajaan memberi subsidi  setiap pelajar sekolah rendah dan menengah antara  RM8,000 hingga RM8,900 setiap tahun sementara pelajar pusat pengajian tinggi, 90 peratus kos belajar ditanggung oleh kerajaan, kata Najib.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com