Garisan Misteri Sepanjang 21,000Km Dirakam Merentas Bumi


WASHINGTON – Sekumpulan pemburu makhluk asing menemui satu garisan gergasi lurus sepanjang 20,921 kilometer di atmosfera Bumi sewaktu menggunakan aplikasi Google Earth.

Garisan pelik itu seolah-olah kesan penerbangan sebuah kapal terbang tetapi ia lebih panjang dengan menghubungkan kawasan Antartika dan Kutub Utara.

Rakaman itu dimuat naik ke akaun YouTube, SecureTeam 10 yang mendakwa kejadian itu bukan suatu yang dicipta oleh sebuah kapal terbang.

“Peta ini dan pada jarak ini hanya memberikan kami imej formasi awan gergasi dan cuaca di sekeliling Bumi. Apa yang membentuk formasi awan ini sudah semestinya bersaiz besar.

“Ia juga perlu memiliki keupayaan untuk bergerak dari Antartika ke Kutub Utara tanpa henti serta tidak mengubah haluan.

“Ia perlu dilakukan dengan kadar pantas untuk menghasilkan garisan awan sempurna seperti melintasi Bumi dalam beberapa minit,” kata kumpulan itu. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com