Gajah 'Merokok' Membingungkan Saintis India


BENGALURU - Para saintis di India bingung apabila seekor gajah liar yang dirakam seolah-olah 'merokok' ketika memakan ketulan bara arang.

Video yang dikongsi oleh Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) memperlihatkan mamalia itu mengambil batang ketulan arang, meletakkannya di mulut hingga mengeluarkan asap besar di Taman Negara Nagarahole.

Para saintis mempunyai teori berkemungkinan mamalia itu cuba untuk memakan kayu atas alasan perubatan.

 "Saya percaya gajah itu mungkin telah berusaha untuk menelan kayu arang.

"Mamalia itu kelihatan memetik kepingan kayu yang bertaburan di hutan terbabit, meniup abu lalu memakannya," kata Dr Varun Goswami, saintis WCS India dan ahli biologi gajah.

Menurut WCS, kayu arang mempunyai toksin penguat yang boleh dijadikan ubat.

Taman Negara Nagahrole di timur laut India adalah rumah kepada spesies terancam termasuk gajah Asia, lembu bison India dan harimau.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com