Festival Kuih Kapit Di Sungai Petani Catat Rekod MBOR


ALOR SETAR - Festival Kuih Kapit sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2018 berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan paling ramai pembuat kuih kapit berjumlah 1,210 orang.

Memetik  Awani, sijil berkenaan telah ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2018 di pekarangan Dataran Amanjaya Mall, Sunagi Petani, malam tadi.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut sumber, festival tersebut bermula dari 10 pagi hingga 8.30 malam, dengan sasaran memecahkan rekod terdahulu sebanyak 1,148 pembuat kuih kapit oleh MCA Negeri Sembilan pada 2002. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com