Farid Kamil Dedah Wajah Dua Suspek Letak Dadah Dalam Minuman


SHAH ALAM - Pelakon dan pengarah sensasi, Datuk Farid Kamil mendedahkan wajah sebenar dua individu yang dikatakan telah meletakkan bahan dipercayai dadah dalam minumannya sebelum ini bukan Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz (Osh) daripada kumpulan nasyid Firdaus.

Sebaliknya menurut Farid, sewaktu berlaku insiden itu, kedua-dua individu berkenaan telah mendakwa diri sebagai kerabat diraja Johor dan kerabat diraja Kedah serta mengatakan terdapat perkara penting yang ingin dibincangkan.

Farid turut mengakui bahawa dia tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air.

"Malam sebelum ditahan, dua individu ini datang berjumpa saya dan saya mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan pengurus artis serta yang seorang lagi adalah penyanyi. Tetapi saya tidak mengenali mereka secara rapat.

"Ketika perjumpaan itu, mereka memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja sebelum saya tidak sedarkan diri," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Farid juga berkongsi dua keping gambar individu yang terlibat itu. 

Sumber: K! ONLINE  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com