Didie Tidak Berdendam, Serah Pada Pihak Pengadilan


KEMELUT yang melibatkan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli dengan pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias masih belum menemui jalan perdamaian.

‘Percakaran’ antara kedua-dua wanita ini mencapai kemuncaknya apabila penerbit drama berkenaan memfailkan saman tuntutan terhadap Didie yang pernah dikemukakan pada 21 Februari lalu.

Susulan perkara itu, Didie dengan tenang mengakui dia tidak pernah menganggap penerbit itu sebagai musuh walaupun kes melibatkan mereka berdua masih dibicarakan di mahkamah.


Menurut Didie, dia menyerahkan segala siasatan kes kepada pihak pengadilan dalam urusan menyelesaikan kemelut di antara mereka yang sudah berlarutan selama setahun.

“Bukan hendak cari gaduh, jauh sekali hendak berdendam atau bermusuh kerana industri pun bukannya besar mana.

“Apa juga masalah yang berlaku di antara kami biarlah mahkamah sahaja yang putuskan, itu yang sebaiknya,” kata Didie dipetik Mstar Online.

Terdahulu, Rafiena yang juga pemilik syarikat produksi Darkwave Sdn. Bhd. (Darkwave) dilaporkan telah memfailkan tiga tuntutan antaranya kerugian, cara kerja yang sambil lewa dan trauma yang dihadapi penerbit itu.

Ia berhubung dengan hasil kerja Didie selaku penerbit eksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna. Difahamkan, hubungan Didie dan Rafiena mula renggang sejak akhir tahun lepas. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com