Detik-Detik Pengedar Dadah Dicekup Pihak Berkuasa Di Airport


TULAR menerusi media sosial rakaman tangkapan penguat kuasa ke atas lima suspek disyaki cuba menyeludup dadah di Lapangan Terbang Sandakan, Sabah, Selasa lalu.

Insiden yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Addy Allias yang kemudiannya menerima perkongsian lebih daripada 1,500 dan telah ditonton sekurang-kurangnya 200 ribu kali.


Dalam rakaman, sepasukan anggota daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama beberapa polis bantuan mengepung salah seorang suspek yang dilihat cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadiraan pihak berkuasa.

Difahamkan, dadah jenis Syabu ditemui selepas empat bagasi pakaian lima lelaki itu dikesan mengadungi beberapa objek mencurigakan ketika melalui pemeriksaan mesin pengimbas pegawai JKDM.


Beberapa saksi yang membantu juga turut memberitahu lima suspek lelaki tersebut tiba menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur.


Sementara itu, Pengarah JKDM Sabah, Datuk Hamzah Sundang mengesahkan mengenai tangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya kes itu masih dalam siasatan dan akan mengadakan satu sidang media itu dalam masa terdekat mengenai rampasan dadah itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com