Cinta Suami Permit Demi Bisnes


Shah Alam: Kisah warga asing berkahwin dengan rakyat tempatan bagi mendapatkan manfaat tinggal di negara ini bukan perkara baru, malah semakin menjadi-jadi.

Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Nazilah Idris berkata, pihaknya banyak menerima aduan mengenai taktik digunakan lelaki warga asing mengahwini wanita tempatan bagi mendapat peluang menjalankan perniagaan dan membuat pinjaman kewangan.

“Terdapat kes lelaki Bangladesh berkahwin dengan wanita tempatan untuk berniaga di pasar Seri Muda, Shah Alam.

‎“Apabila perniagaan maju, lelaki berkenaan meninggalkan wanita terbabit termasuk anak hasil perkahwinan mereka.

‎“Situasi seperti itu sering berulang dan ia terjadi dalam kalangan wanita yang berusia antara 20-an hingga 30-an di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.

‎Nazilah berkata, wanita terbabit berkenalan dengan lelaki Bangladesh di kilang tempat mereka bekerja dan kemudian bercinta serta berkahwin.

‎Katanya, mereka mengambil keputusan membuka perniagaan dengan menggunakan nama isteri yang juga rakyat tempatan.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com