CIMB perkenal Penyelesaian Rentas Sempadan


KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan Penyelesaian Rentas Sempadan bagi pemegang akaun CIMB di Malaysia dan Singapura.

Dengan akaun CIMB pemegang akaun konvensional atau Islam di kedua-dua negara boleh melakukan transaksi perbankan rentas sempadan seperti pemindahan dana yang dikecualikan yuran, kadar pertukaran asing untuk talian pemindahan dan pembayaran bil.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Pelanggan, Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, sebagai sebuah bank sejagat ASEAN terkemuka, CIMB terus berinovasi untuk memberikan nilai terbaik dan kemudahan kepada pelanggan.

Penyelesaian Rentas Sempadan ini adalah bukti komitmen ini dan ianya baru permulaan dan Kumpulan CIMB akan meluaskan rangkaian ASEAN dengan kemudahan sama di Indonesia, Thailand dan Kemboja. 

Sumber– MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com