Ceramah Mahathir Tiada Sambutan, Orang Pekan Tolak Pakatan


Bilangan orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Pekan, iaitu kawasan Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  semalam amat mendukacitakan.


Hanya  sekitar 400 orang  dilihat pada majlis itu yang berlangsung di Felda Chini 2, Pekan. 
Dalam satu lagi program, hanya 30 penduduk hadir  pada perjumpaan bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Gumum.


Manakala lebihnya kira-kira 50 orang yang lain adalah ahli rombongan Pakatan Harapan serta petugas media.


Ternyata ceramah yang diadakan dalam kawasan Parlimen diwakili Perdana Menteri gagal menarik minat orang ramai khususnya peneroka Felda walaupun didatangi oleh pemimpin tertinggi pakatan u untuk benceramah dan berjanji kepada penduduk.

Sepatutnya orang ramai melimpah ruah untuk mendengar ucapan  Dr. Mahathir  yang akan ditabal sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14.


Selain itu, yang ramai datang itu juga adalah orang dari luar Felda yang dipercayai penyokong Pakatan Harapan.


Turut berceramah ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan wakil DAP Pusat, Ronnie Liu.


Oleh yang demikian tiada apa yang istimewanya atau kejutan apabila Dr. Mahathir turun ke Pekan kelmarin seperti mana yang digembar-gemburkan oleh media sosial propembangkang.

Orang Pekan lebih berminat dengan lawatan Najib yang membawa berita gembira daripada mendengar ceramah-ceramah  'basi' yang diulang berkali-kali oleh  Dr. Mahathir.


Selain menabur janji menjelang pilihanraya dan cuba 'memperdohkan' Orang Asli, Dr. Mahathir terus-terusan memperleceh PAS dan  mengajak rakyat menolak parti itu dan BN  pada PRU14.


Dr. Mahathir enuduh PAS bertanding hanya untuk memecahkan masyarakat di samping meramalkan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan kalah teruk pada PRU14. - Kedahnews.com.



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com