Buah Zakar Tersangkut Celah Kerusi Ketika Sedang Rehat


Madrid: Malang bagi seorang lelaki warga emas apabila buah zakarnya tersangkut di celah kerusi lipat plastik sehingga terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk melepaskan dirinya.

Kejadian berlaku apabila lelaki berusia 60-an itu itu berehat seketika di atas kerusi terbabit sebelum mandi di bilik hotelnya.

Dia bagaimanapun tidak menyedari buah zakarnya tersangkut di celah kerusi itu.

Masalah lebih buruk kerana lelaki itu mengalami kesukaran bergerak akibat usianya menyebabkan bomba terpaksa dipanggil untuk membantu selepas dua penjaganya tidak dapat melepaskannya.

Bomba mengambil masa setengah jam memotong lipatan plastik berkenaan untuk melepaskannya.

Anggota bomba terbabit mengaku itu kejadian paling pelik pernah dialami malah mereka menyangka ia panggilan palsu.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com