Bimbang PPBM Dibubar, Muhyiddin Rayu RoS Panjangkan Tempoh Untuk Sedia Maklumat AGM


Walaupun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) 'berat sebelah' dan pelbagai dakwaan lain, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula merayu dipanjangkan tempoh untuk parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki.

Bimbang PPBM dibubarkan oleh RoS,

Muhyiddin terpaksa merayu walaupun Dr. Mahathir 'menghentam' agensi itu.

Muhyidin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata  tempoh 30 hari yang ditentukan RoS tidak cukup berikutan parti itu menerima notis pada 7 Mac yang lalu yang dihantar pada 28 Februari.

“Kita masih dalam peringkat menyiapkan maklumat yang diperlukan RoS bila kita menerima notis cuma notis yang dihantar sampai kepada kita pada 7 Mac ditandatangani pada 28 Febuari.
“Jadi tidak cukup 30 hari, jadi itu satu perkara yang mungkin beliau boleh pertimbangkan,” katanya ketika sidang media semalam.

Mengulas lanjut, parti itu yang dalam proses menyiapkan kesemua maklumat turut menggunakan peguam memastikan dokumen yang bakal diserahkan memenuhi permintaan, kata Muhyidin.

“Kita ada pasukan khusus untuk menyiapkan dengan bantuan peguam supaya bukan sahaja memenuhi RoS tetapi berdasarkan perlembagaan dan juga Akta Pertubuhan sebagai rujukan utama kita.

“Yang dikehendaki RoS baik dari segi mesyuarat-mesyuarat yang kena adakan, penyata kira-kira, keahlian dan yang lain-lain yang telah tersenarai oleh RoS kita akan jawab,” ujarnya sambil berharap kemelut itu akan selesai sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim memberitahu sebelum ini berkata, notis t yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada pihak RoS.

Katanya lagi PPBM beririsko untuk dibubarkan jika gagal menyerahkan maklumat-maklumat dokumen yang diminta.

Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad baru-baru ini turut menempelak Dr Mahathir kerana berterusan menyalahkan kerajaan dan RoS berhubung isu pendaftaran parti yang diasaskannya itu.

"Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, UMNO juga pernah diharamkan, " kata Nur Jazlan.
.
Beliau menegaskan RoS mengikut perlembagaan dan akta yang ditetapkan, malah kes pendaftaran dan AGM parti itu dibuat berdasarkan aduan ahli parti itu sendiri.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP bersama PPBM juga sebelum ini turut  mengheret RoS ke mahkamah kerana mendakwa agensi itu gagal menjawab permohonan pendaftaran pakatan itu.

Kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan yang juga disebabkan oleh PPBM masih dalam siasatan agensi itu.

Namun demikian Dr. Mahathir seperti  tidak risau dengan keadaan itu kerana katanya   Pakatan Harapan mempunyai pelan alternatif jika PH gagal didaftarkan atau PPBM dibubarkan.- Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com