Bila Ahmad Bashah Turun Ke Jerlun....


LAWATAN kerja sehari suntuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke Parlimen Jerlun semalam termasuk di kawasan ADUN Ayer Hitam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membawa makna besar kepada penduduknya.


Ahmad Bashah bukan sekadar mengumumkan rancangan pembinaan pelabuhan di Kuala Sanglang  bagi mengaktifkan perdagangan antara utara Semenanjung dan selatan Thailand, tetapi membawa rezeki kepada orang Jerlun.


Walaupun ia akan dikatakan ' dedak ' oleh Mukhriz kerana berlaku hampir dengan pilihan raya, tetapi Ahmad Bashah tetap menunaikan janji kerajaan negeri dan Persekutuan.



Penduduk ternyata gembira dan menyambut mesra lawatan Ahmad Bashah itu yang disertai oleh Timbalan Menteri Kewangan Dua, Datuk Othman Aziz (Ahli Parlimen Jerlun), ADUN Kota Seputih, Datuk Abu Hassan Sarif dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Mohd Zaini Japar. 


Jika ada dakwaan orang Jerlun menolak Ahmad Bashah, ia adalah tidak benar sama sekali. 

Malah lawatan kerja Menteri Besar itu memberi gambaran bahawa Mukhriz tidak lagi mendapat tempat di hati penduduk di situ walaupun beliau pernah menjadi ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian berkenaan.


Lawatan kerja dan ziarah Ahmad Bashah ke Parlimen Jerlun dimulakan dengan bersarapan bersama penduduk di kawasan Kerpan. 


Riuh rendah semasa penduduk setempat beramah-mesra dengan Ahmad Bashah dan wakil rakyat kawasan itu  yang turut mendengar permasalahan yang dihadapi rakyat kawasan itu.

"Hendak mengadu kepada siapa lagi kerana wakil rakyat kami jarang datang. Kalau datang pun hanya tabur janji dan burukkan Perdana Menteri dan MB, " kata seorang pemimpin masyararakat di situ.


Sempena jelajah ke Jerlun itu Ahmad Bashah memenuhi undangan menghadiri kenduri kampung di Kuala Sanglang.



Kehadiran Ahmad Bashah itu sebenarnya membawa rezeki kepada penduduk terutama nelayan tradisi apabila Ahmad Bashah menyerahkan bantuan seperti pukat dan enjin sangkut selain bantuan  kepada pelajar, penyerahan kid kelahiran RM100 kepada anak yang lahir pada tahun 2018.

Lebih menggembirakan penduduk ialah apabila menerima kunci rumah Lembaga Kemajuan Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA), penyerahan cek Tabung Usahawan Nasional (TEKUN) dan  Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selain bantuan baik pulih rumah penduduk bernilai RM15,000.

Pada majlis itu Menteri Besar juga merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan dewan orang ramai bernilai RM800,000.


Bagi 145 penduduk Kuala Jerlun pula, penantian mereka sekian lama untuk mendapatkan tanah terkmakbul jua apabila menerima geran tanah sementara.

Insya-Allah, selepas ini kerajaan akan diberi geran tetap pula kepada semua penerima selagi kerajaan sedia ada terus memerintah negeri Kedah, janji Menteri Besar.

Usaha yang dibuat oleh Ahmad Bashah ini merupakan hal yang amat dekat dan melekat di hati rakyat.

Semalam Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan sidang Dewan Rakyat menyebutkan isu rakyat berhubung kos sara hidup dan program berpaksikan rakyat akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat.- Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com