"Biaq Pi Lah Kat Dia... Dia Bukan Cerdik Sangat,"


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir disindir pedas apabila berani membuat kenyataan kononnya sebahagian besar kejayaan yang dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah adalah hasil usahanya ketika menjadi Menteri Besar.

Sebaliknya, kenyataan politik "mengangkat diri" anak kepada bekas Perdana Menteri itu menandakan dirinya "kurang cerdik" dan tidak perlu terlalu dihiraukan.

"Dia (Mukhriz) nak kata idea dia? Jadi, yang kita pamerkan sebelum dia jadi Menteri Besar, siapa yang buat? Adakah dia juga (yang buat) semua itu?

"Jadi biaq pi lah kat dia... Dia bukan cerdik sangat," kata Ahmad Bashah kepada Kedahnews.com, respon yang mencetus ketawa besar di sidang akhbar yang berlangsung di Pentas Utama, tapak Ekspo Muafakat Kedah itu, di sini, petang semalam.


Tegas Ahmad Bashah, beliau sendiri tidak berani untuk mengatakan semua yang dipamerkan di tapak ekspo berkenaan adalah kejayaan hasil usaha dirinya.

Sebaliknya beliau berkata, segala yang terpamer di setiap 19 kluster ekspo itu merupakan hasil kejayaan kemuafakatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri Kedah bermula daripada zaman Menteri Besar yang pertama lagi.

"Saya pun tak berani kata ini semua kejayaan saya. Dia pun hanya baru dua tahun lebih saja (jadi Menteri Besar Kedah), takkan boleh buat semua ini? Dia masa jadi MB masih merangkak kerana baru pegang jawatan.

"Ini hasil permuafakatan semua pihak terutamanya bagi kerajaan BN yang telah membuktikan kejayaannya mentadbir negeri Kedah.

"Dia boleh 'claim'lah apa pun. Biaq pi kat dialahhh.. saya kalau boleh tak mau layan sangat perkara macam ni.

"Saya pun tak claim kata semua ni kejayaan saya. Ini semua kejayaan Kerajaan Barisan Nasional. Hasil kejayaan kerajaan-kerajaan sebelum ini sudah berapa lama dah kita mentadbir negeri Kedah. Ini semua apa yang kita rancang, laksana dan usahakan.

"Semua ini hasil usaha semua pihak termasuklah para pegawai, agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Itulah yang kita pamerkan kepada orang ramai," ujar beliau, tenang dan bersahaja.


Mukhriz sebelum ini mendakwa sebahagian besar kejayaan kerajaan negeri yang dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah kononnya adalah hasil usahanya sejak 2013, bukannya dalam tempoh 2016 sehingga kini.

Kenyataan tersebut sekali gus mencetus reaksi ramai pihak yang mengecam bekas Menteri Besar Kedah itu sebagai "kurang matang", memuji diri sendiri dan tidak realistik ekoran dia hanya mentadbir tidak sampai tiga tahun.

Malah beliau dikatakan hanya mampu merancang projek-projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit meskipun menyedari hakikat kekangan kewangan kerajaan negeri yang tidak mampu melaksanakan projek-projek tersebut.

Ahmd Bashah berkata demikian selepas menyempurnakan program penyerahan Mobilepreneur @KKLW zon utara dan bayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Kedah, di sini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com