Betul Ke Ustaz Syamsul Konon Skandal Bini Orang!


SETELAH pihak polis mengesahkan menerima laporan kes seorang penceramah bebas dari Negeri Sembilan yang didakwa ada skandal dengan isteri orang, ramai mula tertanya-tanya siapakah dia?

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima laporan yang telah dibuat di Johor Bahru semalam mengenai dakwaan itu dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Bagaimanapun, pihak polis buat masa ini enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai laporan tersebut ketika proses siasatan pula sedang berjalan apatah lagi mendedahkan nama sebenar pendakwah itu.

“Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu adalah betul.

“Kita akan memanggil pengadu yang kini berada di Johor Bahru dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai dakwaannya terhadap penceramah terbabit.


“Polis memberi jaminan siasatan akan dilakukan dalam semua sudut dan kita akan berlaku adil kepada semua pihak,” kata Muhamad Zaki kepada pihak media.

Beliau ditemui pemberita selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-211 Kontinjen Negeri Sembilan di Padang Kawad Sekolah Latihan Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu yang mendakwa penceramah bebas popular terbabit mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Susulan kenyataan tersebut tersebar di media sosial, orang ramai khasnya netizen ‘mak cik bawang’ mula tertanya-tanya serta turut membuat pelbagai spekulasi liar berhubung dakwaan tersebut.

Mana tidaknya, seorang penceramah bebas sepatutnya menjadi teladan dan menjadi contoh kepada orang ramai terutama apabila individu itu sering memberi ceramah agama tentang kebaikan.

Disebabkan penceramah itu dikatakan berasal dari Negeri Sembila, para netizen mengambil jalan mudah dengan membuat spekulasi bahawa individu yang didakwa itu merupakan Ustaz Syamsul Debat.

Hasil tinjauan kami ke laman sosial Facebooknya, tidak mungkin individu berkenaan merupakan penceramah yang sinonim dengan cara penyampaiannya yang agak menggelikan hati orang itu.

Pada waktu ini, Ustaz Syamsul Amri Ismail sedang berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah dan turut boleh dilihat netizen jika berkunjung ke akaun rasmi Facebook miliknya.

Seperti biasa, para netizen sering menimbulkan spekulasi liar menerusi laman sosial walhal mereka sendiri pun tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai sesuatu isu tular itu.

Bukan Ustaz Syamsul Debat sahaja penceramah bebas yang berasal dari Negeri Sembilan, malah jika diikutkan dari kenyataan pihak polis juga, perkara ini masih dalam siasatan.

Jadi lebih eloklah sekiranya para netizen tunggu sahaja sementara perkara ini diselesaikan dan elaklah daripada berbicara yang buruk-buruk terutama kepada seorang pendakwah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com