Berat Naik, Aishah Buat Pembedahan Untuk Kebaikan


AKIBAT kenaikan berat badan yang mendadak serta membimbangkan, penyanyi Aishah terpaksa menjalani pembedahan bariatric surgery atau dikenali sebagai pintasan gastrik.

Buat masa kini, Juara Gegar Vaganza musim keempat itu memberitahu bahawa tujuan dia melakukan pembedahan itu ialah disebabkan untuk mengatasi masalah gastrik dan sakit kakinya yang berpunca daripada penambahan berat badam.

Bagi Aisyah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 52, dia bukanlah sekadar mahu cantik atau kurus semata-mata tetapi ianya lebih kepada untuk kesihatan diri.

“Berat badan berlebihan membuatkan kaki tak mampu menampung beban dan kerana itulah saya memilih membuat pembedahan ini. Selepas balik dari trip ke Eropah baru-baru ini saya terfikir untuk buat pembedahan kerana kaki tak tahan sakit.

“Sebenarnya sakit kaki ini sudah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Namun kini, penyanyi lagu Janji Manismu itu turut meminta sedikit masa dan ruang privasi kepadanya untuk berehat selepas selesai menjalani pembedahan itu semalam.


“Alhamdulillah saya sudah bangun dan berjalan-jalan. Buat sementara ini saya mohon sedikit privasi walaupun saya tahu ada yang mahu menziarah.

“Harap berikan saya masa untuk berehat dan memulihkan diri,” tulisnya berserta tanda pagar #reinventingaishahjmm.

Pembedahan itu telah berjaya dilakukan dekat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur.

Selain daripada mengalami masalah berat badan, Aishah mengakui bahawa dia turut mempunyai penyakit gastrik yang sudah lama dihidapinya itu.

“Saya ada masalah gastrik dan selalu lapar nak makan. Selepas pembedahan ni dah tak ada rasa lapar dan masalah sakit perut sudah tiada.

“Harapan saya pembedahan ini dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit dalaman dan saya boleh menjalani kehidupan lebih baik.

“Lebih baik saya cegah daripada sekarang, tak nak nanti ada penyakit bahaya datang dan menyusahkan orang lain pula,” tambahnya lagi.


Sekitar awal Februari yang lalu, Aishah dan suaminya telah menjejakkan kaki ke negara Eropah Timur bersama dengan pengacara GV4, Ahmad Nabil dan juri tetap rancangan itu, Datuk Ramli MS.

Kunjungan mereka ke sana bersempena dengan hadiah yang diterima oleh Aishah selepas dia dinobatkan sebagai juara rancangan berkenaan pada tahun lalu.

Mudah-mudahan kesihatan Aishah kembali seperti sedia kala dan diharapkan dia dapat menjalani kehidupan hariannya seperti biasa. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com