Beranikah Mukhriz Cabar Ahmad Bashah Di Bakar Bata?


Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membayangkan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Bakar Bata yang disandang oleh Menteri Besar,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).


Selain itu Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam itu juga menyatakan bersedia bertanding di mana jua kerusi di negara ini. Nampak 'bongkak' benar Mukhriz kebelakangan ini.


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu memberi gambaran utuk bertanding di mana sahaja semasa sidang akhbar selepas berceramah  di Taman Gadong Perdana, Tangga Batu, Melaka semalam.


Bakar Bata yang dimenangi oleh Ahmad Bashah pada PRU13 dicabaroleh oleh wakil Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Jika benar bekas Menteri Besar Kedah itu hendak bertanding di situ, tentunya akan  'disambut' oleh pengundi Bakar Bata termasuk penyokong PKR dan PAS. 


Mukhriz, seperti juga bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyatakan sedia bertanding di Langkawi, Kubang Pasu, Putrajaya serta Parlimen Pekan yang menjadi kubu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Memang Mukhriz dan bapanya bebas bertanding di mana sahaja berdasarkan kedudukan mereka dalam 'parti anak beranak' itu apatah lagi Dr. Mahathir pula akan diangkat sekali lagi sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14.


Lagi pun Kedah dikhabarkan akan menjadi 'negeri PPBM' kerana parti itu akan bertanding hampir separuh DUN dan Parlimen.

Sama ada benar atau tidak beliau akan bertanding di Bakar Bata bukanlah menjadi persoalan atau isu, tetapi yang jelas Mukhriz seperti  'takut bayang-bayang' sendiri  untuk mempertahankan Ayer Hitam kerana bimbang ditolak oleh penggundinya dahulu.


'Dendam' Muhkriz terhadap Ahmad Bashah kerana dilantik sebagai Menteri Besar menggantikannya   juga masih membara di hatinya. 


Dalam keadaan PPBM yang masih kucar- kacir akibat bantahan ahli, rasa tidak puas hati penyokong parti sekutu terutama PKR dan PAN kerana pembahagian 'kerusi yang memihak kepada PPBM, Mukhriz mungkin akan mencari kerusi yang paling selamat untuknya bagi mengelak daripada menanggung malu pada PRU kali ini. - Kedahnews.com.     


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com