“Beli Air Starbucks, Ingatkan Kunyah Kacang Tapi Rupa-Rupanya…”


“BELI Starbucks tambah kacang. Kunyah-kunyah ingatkan kacang. Rupa-rupanya gel silika,” demikian twit seorang lelaki berkongsi mengenai nasib malang menimpa rakannya baru-baru ini.

Kicauan menerusi laman Twitter yang dimuat naik Sharil Bharin berserta dengan gambar perbualan bersama rakannya itu menimbulkan persoalan netizen, bagaimana insiden pelik itu boleh berlaku.

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp, mangsa, Hanis, hanya menyedari kejadian yang menimpanya apabila dia mendapati terdapat benda asing dalam minuman tersebut.

View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter

Beli Starbucks tambah kacang. Kunyah kunyah ingatkan kacang, rupa rupanya silica gel. Semoga cepat sembuh anis. 

Mohon rt gaiss supaya berhati hati selepas ni.

“Saya beli minuman Starbucks tadi. Tambah kacang di depan sekali, blend sekali. Saya terasa macam tergigit batu kecil, ingatkan kacang.

“Kemudian terasa plastik kecil, ingatkan cebisan plastik kacang itu tercicir. Sekali bila dah habis, saya buka cawan dan terjumpa benda ini,” katanya sambil menunjukkan gambar bungkusan plastik gel silika yang sebahagiannya telah hancur dikisar bersama dengan minuman yang dipesannya itu.

Ekoran kejadian itu, Hanis segera pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan, namun dirujuk ke Hospital Serdang, Selangor untuk pemeriksaan lanjut.


Pihak hospital mengambil darahnya sebanyak tiga kali dan Hanis juga menyatakan doktor menyarankan dia tularkan kejadian itu menerusi media sosial.

Di laman Instagram-nya, mangsa turut berkongsi beberapa simptom dan kesan jika termakan gel silika dan Hanis mengatakan dia juga sedang mengalami beberapa simptom tersebut.

“Seseorang yang tertelan gel silika akan mengalami mata kering, iritasi, radang tekak, selaput lendir serta rongga hidung jadi kering dan sakit perut. Selain itu, ia boleh menyebabkan pesakit itu terasa mual, sembelit atau muntah…”

Adik aku yang kecik pernah telan jugak silica gel ni dulu, alhamdulillah sekarang ni nampak sihat takda apa apa but still some actions need to be taken @StarbucksMY pic.twitter.com/iUNBit0EfI

Hi Akram, thank you for tweeting us on this. We have reached out to contact Anis and we will definitely ensure immediate and severe action is taken on this. Thank you, Akram.

Difahamkan, pihak Starbucks Malaysia juga telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan menghubungi Hanis serta mengambil tindakan awal berhubung kejadian itu.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com