Bekas PM Pakistan Kena Baling Kasut


LAHORE - Pelajar sebuah sekolah agama membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, kelmarin, tindakan yang dianggap penghinaan besar di negara itu.

Sharif, yang disingkirkan tahun lalu berhubung dakwaan rasuah, kelihatan terkejut apabila kasut yang dibaling terkena bahunya ketika memberikan ucapan pada perhimpunan di sekolah itu di Lahore.

Kejadian berlaku sehari selepas individu membaling dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif, anggota parti pemerintah dan rakan rapat Sharif, ketika beliau berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan.

Kejadian membaling kasut itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen Pakistan.

Di dunia Islam, tindakan seumpama itu dianggap menghina.

Pelajar itu kemudian melompat ke atas pentas dan mula menjerit sebelum beliau ditewaskan orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Menurut pegawai polis, lelaki berkenaan adalah pelajar sekolah itu.

Beberapa minit kemudian, pemimpin parti pembangkang, Pakistan Tehreek-e-Insaf, Imran Khan, dan musuh ketat Sharif yang kerap mengkritik bekas Perdana Menteri itu, mengutuk kejadian itu.

"Ini bukan saya untuk menonjolkan diri dan saya mengutuk siapa yang melakukannya," kata Khan. - AFP



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com