Bekas Isteri Dedah Kisah Video Viral Ambil Anak


Baru-baru ini, sebuah rakaman video tular di media sosial menyaksikan kemelut keluarga antara bekas suami isteri mengenai hak pengambilan anak mereka.

Di laman media sosial facebook turut berkongsi video tersebut sehingga ruangan komen rata-rata mempertahankan tindakan lelaki tersebut yang dilihat sebagai mangsa dalam video berkenaan.

Video tersebut menunjukkan seolah-olah pihak keluarga wanita berkenaan secara paksa mengambil kanak-kanak tersebut yang kelihatan sedih untuk meninggalkan bapanya itu.

Lelaki itu juga berkali-kali mengatakan bahawa dia tidak pernah menghalang wanita berkenaan untuk mengambil anaknya itu tetapi kanak-kanak berkenaan yang tidak mahu mengikut mereka.

Di akhir video yang tular itu, sedikit pertelingkahan dan pergelutan berlaku selepas lelaki itu bertindak agresif dengan mengejar rombongan wanita tersebut selepas anaknya dibawa pergi dari rumah tersebut.

Terbaharu, pihak wanita yang terlibat dalam video berkenaan tampil menceritakan kisah sebenar yang berlaku antara mereka.




Menurut informasi yang diberikan kepada kami, hak penjagaan anak mereka sememangnya terletak di tangan wanita berkenaan dan bekas suaminya itu hanya mendapat hak lawatan daripada mahkamah.

Tambah wanita itu, bekas suaminya itu juga pernah bertindak memukulnya sehingga menyebabkan dia terpaksa melarikan diri dan menggunakan undang-undang untuk mendapatkan hak penjagaan sah untuk anaknya.

Proses berkenaan dikatakan mengambil masa selama setahun untuk mendapatkan surat perintah mahkamah yang mengatakan hak penjagaan terletak di tangan wanita tersebut.

Jelas wanita itu, bekas suaminya itu kerap kali mengganggu dirinya dengan meminta duit dan menelefonnya berkali-kali pada awal pagi sehingga menyebabkan dia berasa tidak selesa.

Malah, pada hari kejadian, bekas suaminya itu menggertak untuk mencederakannya menggunakan sebuah pasu sebelum mengambil semula kanak-kanak tersebut dan dibawa masuk ke dalam rumah.

Tujuan ibu kepada anak lelaki itu menceritakan kisahnya adalah bagi menjernihkan kembali keadaan selepas dia dan keluarganya mendapat aib berikutan video berat sebelah yang dirakam bekas suaminya itu.


Jelasnya, orang luar mungkin tidak mengetahui apa yang terjadi dan video yang tersebar itu bukanlah cerita sebenar serta hanya mendatangkan fitnah kepada keluarganya.

Malah, wanita itu turut mendedahkan baju untuk anaknya yang pernah diposkan ke rumah lelaki tersebut dihantar semula ke rumahnya selepas digunting dan dikoyakkan.

Semoga kesulitan yang dialami ibu ini dapat segera diselesaikan. Tidak semua penceraian berakhir dengan situasi yang baik dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Kami berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan kemelut ini dan pihak lelaki juga perlulah mematuhi keputusan yang telah ditetapkan mahkamah. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com