Bekas Gitaris 80-an Direman Kes Bunuh Warga Emas Di Alor Setar


ALOR SETAR - Bekas gitaris kumpulan rock terkenal era 80-an direman seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Malaysia, Pumpong di sini, bulan lalu.

Memetik BH Online, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris.

Sebelum ini, suspek membuat pengakuan membunuh Kau Fu Eng, 71, yang ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan selepas ditahan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu berkaitan satu lagi kes pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar.

Susulan pengakuan tersebut, polis menemui semula barangan yang hilang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai 17 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan pecah rumah.

Terdahulu, mayat Fu Eng ditemui anak perempuannya pada jam 5.45 petang 25 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com