Bayi 3 Bulan Terkena Epal Jatuh Dari Tingkat 24 Pangsapuri... Ini Terjadi!


Seorang bayi di China terkena sebiji buah epal yang jatuh dari tingkat 24 pangsapuri yang didiami bersama keluarganya.  Buah itu jatuh tepat di kepalanya ketika dia, yang diberi nama Tongtong itu sedang berada dalam gendongan neneknya.

Keduanya tengah berjalan-jalan di luar bangunan Pangsapuri Dongguan pada 9 Mac lalu.

Akibat insiden ini, Tongtong mengalami pembengkakan teruk sehingga koma. Dia segera dibawa ke hospital.

Doktor mendapati Tongtong mengalami trauma kepala yang teruk, patah tulang tengkorak, saluran darah di kepala pecah dan mengalami kejutan.

Tongtong kemudian dibedah untuk mengurangkan pendarahan di otak.

Dilaporkan dari Shanghailist, doktor memberitahu keluarga Tongtong bahawa kanak-kanak itu kemungkinan akan mati  otak kanan  secara klinis.

Epal yang jatuh juga diperiksa oleh polis dan selepas siasatan, ia didapati dibuang oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menetap di tingkat 24.

Menurut bapa kanak-kanak itu, anak perempuannya cuba memberikan epal itu kepada anjing mereka apabila ia tiba-tiba terjatuh dari tingkap. Lelaki itu juga berjanji untuk bertanggungjawab atas kesilapan anaknya.

Dia mahu membayar semua bayaran perubatan Tongtong serta pampasan atas kemalangan itu. Setakat ini lelaki itu telah memberikan keluarga mangsa RM18,000.

Namun kos perubatan dilaporkan mencecah lebih RM80,000.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com