Azraai Khor, Bekas Jurulatih Kedah Jadi Sandaran NS



Bekas ketua jurulatih Kedah Mohd. Azraai Khor Abdullah yang pernah membawa pasukan Hijau Kuning merangkul tiga kejuaraan Liga Malaysia dalam satu musim Malaysia  menjadi sandaran Negeri Sembilan.


Azraai semalam dilantik  ketua jurulatih pasukan Liga Super Negeri Sembilan, menggantikan Jorg Peter Steinebrunner, 45, yang meletakkan jawatan.

.
Azraai yang juga bekas pemain Kedah dan kebangsaan serta jurulatih bolasepak membawa Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia pada 2011.


Majlis menandatangani kontrak pelantikan itu diadakan di Wisma Negeri Seremban semalam disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).


Mohamad  percaya kebolehan, kewibawaan  dan pengalaman Mohd. Azraai mampu membantu pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini.



Katanya, pihaknya menyerahkan kepada jurulatih itu membuat perubahan kepada strategi dan gandingan pemain yang diperlukan bagi membolehkan Negeri Sembilan memberi saingan lebih baik.



"Kami mempunyai harapan yang tinggi terhadap beliau tetapi percaya jurulatih ini mampu memberi nafas baharu kepada pasukan dan peminat bola sepak di negeri ini," katanya yang dipetik daripada Utusan.


Sejak Liga Super musim ini bermula 3 Februari lalu, Negeri Sembilan mengalami tiga kekalahan dan hanya mencatat satu kemenangan.



Pasukan itu mengalami kekalahan pertama 0-1 dalam perlawanan sulung menentang PKNP pada 3 Februari lalu, tumpas 0-3 ke atas Melaka United pada 11 Februari lalu dan tewas 1-2 kepada Terengganu, Jumaat lalu.


Negeri Sembilan hanya menang ke atas Kuala Lumpur 2-0 pada 7 Februari lalu. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com