Apa Masalah Pembangkang Dengan Pertahanan Negara?


PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan negara.

Seorang aktivis propembangkang Suaram, Kua Kia Soong dalam tulisannya mengulas manifesto Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan pandangan yang pemotongan belanja pertahanan perlu dilakukan dan agenda ini sepatutnya ada dalam manifesto tersebut.

Kia Soong menegaskan yang PH senyap tentang belanja pertahanan sedangkan sering mengkritik sebelum ini.

Beliau yang mewakili Suaram selama ini lantang mengkritik hal ehwal pertahanan termasuk membuat pelbagai dakwaan palsu mengenai tindakan undang-undang di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Jelasnya, kerajaan sedang mencari pesawat baharu untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia, dan dengan nada tidak puas hati menyatakan pembelian akan dibuat jika memenangi pilihan raya umum nanti.

Nampak aktivis pendidikan Cina ini tidak puas hati benar dengan usaha negara menambah belanja pertahanan yang bertujuan mempertingkatkan keupayaan pertahanan udara negara kita.

Dulu semasa pencerobohan di Lahad Datu bermula Februari 2013, pemimpin-pemimpin pembangkang dan tentera siber mereka mengaitkan insiden itu dengan propaganda pilihan raya.

Rata-rata mereka mempunyai persepsi yang peristiwa itu dirancang berlaku menjelang pilihan raya umum supaya kerajaan boleh menggunakan sentimen patriotisme sebagai modal.

Malangnya mereka menyembunyikan tindakan sekumpulan pemimpin tinggi PKR pergi ke Filipina bertemu dengan pihak terbabit sebelum insiden itu.

Kemudian, pada November 2015 pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila bertemu dengan Jacel H. Kiram, anak pemimpin Sulu yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu dan membunuh rakyat Malaysia.

Pertemuan itu tidak didedahkan Nurul Izzah dan PKR dan hanya dikesan selepas Jacel memuatnaik gambar pertemuan mereka di Facebook.

Rakyat terutama dari Sabah berang dengan pertemuan itu dan hasilnya, lebih 90 laporan polis dibuat di seluruh negara sebahagian besarnya dari Sabah.

Pembangkang menyebarkan pelbagai persepsi buruk mengenai kapal selam Scorpene untuk menjejaskan nama baik negara, yang paling melucukan ialah kapal selam ini tidak boleh menyelam dan terbiar.

Mereka juga pernah mendakwa ada perbicaraan mengenai kes penyelewengan pembelian Scorpene dijalankan di mahkamah Perancis tetapi tidak mendedahkan butiran lebih jelas.

Sekarang mereka senyap tidak bercakap apa-apa mengenai Scorpene selepas kempen memburukkan negara yang mereka lakukan gagal. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com