Apa Mahfuz Buat Untuk Penduduk Pokok Sena Sepanjang Jadi Ahli Parlimen?


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Barisan Nasional (BN) mahu mengambil semula kawasan yang dimenangi oleh pembangkang bukan kerana untuk menang semata-mata tetapi bagi memudahkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat. 


Antara kawasan yang menjadi tumpuan BN ialah Parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah selain Alor Setar, Sungai Petani dan Padang Serai. 


Ahmad Bashah menyifatkan wakil rakyat pembangkang gagal membawa pembangunan di kawasan yang dimenangi mereka.


Dalam hal ini  BN perlu meyakinkan pengundi untuk kembali menyokong kerajaan pemerintah.


“Kita tengok sahaja kawasan Pokok Sena, apa yang Mahfuz (Datuk Mahfuz Omar) buat? Jika dia terus menang di situ, apa dia boleh buat untuk bangunkan kawasan.


“Kuala Kedah pun sama, tak ada pembangunan yang mereka buat untuk rakyat, yang bangunkan projek pembangunan adalah kerajaan BN,” kata Menteri semasa Himpunan Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah di Ekspo Muafakat Kedah rbaru-baru ini.


Beliau juga menggesa supaya rakyat membuat keputusan yang bijak dan tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang.


“Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu pembangkang. Kali ini jangan buat silap lagi, jangan hilang kuasa di kawasan dimenangi pembangkang jika mahukan pembangunan,” katanya.


Ahmad Bashah berkata, kesinambungan pentadbiran antara negeri dan Pusat amat diperlukan bagi melancarkan projek pembangunan yang dirancang.


Sabtu lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menutup Ekspo Muafakat Kedah 2018 memberi jaminan bahawa Kedah akan terus dibantu di segi peruntukan pembangunan memandangkan kewangan negeri yang terhad.


Kedah tidak boleh mengorbankan tanah-tanah pertanian sewenng-wenangnya termasuk kawasan sawah dalam perairan Muda kerana perlu menjadi kekal sebagai negeri  pengeluar makanan utama negara.  - Kedahnews.com  


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com