Air Percuma Untuk Rakyat Kedah


ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menawarkan pengecualian caj bekalan air kepada seluruh pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan.

Menteri Besar itu berkata, langkah tersebut diambil sebagai salah satu langkah mendidik sifat berjimat dan penggunaan air.

Selain daripada itu, ia juga demi membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan pembayaran terhadap keperluan asas.

"Kita mahu mengajar rakyat berjimat dalam menggunakan air selain membantu mereka mengurangkan beban pembayaran terhadap keperluan asas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Insentif Penggunaan Air Percuma oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) sempena Hari Air Percuma di sini, kelmarin.

Katanya, insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini.

Selain itu Ahmad Bashah berkata dengan insentif itu, kerajaan negeri akan menanggung kos sebanyak RM1.5 juta setiap bulan atau RM18 juta setahun. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com