Abam Bomba Penjinak Ular Kritikal Dipatuk King Cobra


SEORANG anggota bomba yang begitu dikenali ramai, Abu Zarin Hussin, 33, kritikal selepas dipercayai dipatuk seekor ular tedung dalam kejadian di Bentong, Pahang kelmarin.

Menurut laman Facebook Friends of Bomba Malaysia, mangsa masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi Hospital Bentong dan difahamkan telah dirujuk ke Hospital Temerloh.

“Dukacita dimaklumkan sehabat kita Abu Zarin telah dipatuk ular sebenar tadi dan masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa agar beliau selama. Semoga diberikan kesembuhan untuknya,” tulis laman Facebook berkenaan dalam kemaskini terbaharu.

Beliau yang mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang merupakan antara tenaga pengajar bagi melatih anggota baharu, selain sering  mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin terkenal sebagai penangkap ular berbakat dan pernah menyertai program pencarian bakat Asia’s Got Talent sehingga ke peringkat suku akhir.

Difahamkan, kejadian dipatuk haiwan berbisa ini bukanlah merupakan insiden pertama di mana beliau sebelum ini sudah lebih 10 kali dipatuk malah pernah dua kali koma akibat kecederaan serius.

Beliau pernah berkata hanya akan berhenti bermain ular apabila menemui ajal dan kemahirannya mengawal haiwan berbisa itu menyebabkan video serta gambarnya sentiasa mendapat perhatian di laman sosial.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com