60 Ekor Semut Ditarik Keluar Dari Mata Budak Perempuan


Doktor di India kini tertanya-tanya bagaimana 60 ekor semut ditemui dalam mata seorang budak perempuan berusia 11 tahun selepas budak itu mengadu mengalami sakit mata.

Budak itu, Ashwini, dari kampung Nellingeri di Belthangady, India, telah memberitahu ibu bapanya bahawa ada benda dalam matanya dan selepas melihat mata anak mereka, ibu budak itu menemui seekor semut bawah kelopak mata.

Ketika itu ibu bapanya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka sangkakan semut itu masuk ke dalam mata anak mereka ketika dia sedang tidur.

Namun apabila masalah itu berterusan, mereka menemui doktor dan doktor memberikan ubat titis mata.

Selepas menggunakan ubat itu, hampir lima ke enam ekor semut keluar dari matanya setiap hari.

Setakat ini hampir 60 ekor semut keluar dari matanya dalam masa 10 hari dan Ashwini kemudiannya dibawa ke hospital mata oleh guru sekolahnya. Doktor percaya kemungkinan semut itu merangkak masuk melalui telinganya.

Sumber -SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com