5 Kawasan Panas PRU14 Dikenal Pasti Polis Kedah


ALOR SETAR – Polis Kedah telah mengenal pasti lima kawasan panas atau “hotspot” yang akan menjadi tumpuan khusus menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan menjadi tumpuan orang ramai pada PRU14..

Namun begitu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, kawasan panas itu berkemungkinan besar akan berubah-ubah mengikut situasi.

Ekoran daripada itu, pihak mereka tidak mendedahkan kawasan tersebut, beliau berkata demikian di Wisma Darulaman di sini,semalam.

“Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) kita beri lebih tumpuan terhadap Kota Setar sebab ia ibu negeri, simulasi hari ini juga turut dihadiri ketua polis daerah-daerah untuk melihat situasi sebenar dan persiapan yang dibuat untuk dipraktikkan di daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Latihan Amal Ex-PRU-14 Siri 2 di Jalan Suka Menanti di sini, semalam.

Dimaklumkan bahawa seramai 432 anggota termasuk 108 pegawai terlibat dalam latihan itu.

Latihan tersebut diadakan bertujuan bagi menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam pada pilihan raya umum.

Latihan amal itu juga bagi memastikan pegawai serta anggota sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU akan datang.

Sementara itu, Sahabudin berkata Polis Kontinjen Kedah masih memerlukan kira-kira 500 anggota tambahan dan sehingga kini 298 senarai nama sudah diserahkan Bukit Aman kepada Kedah untuk diagihkan di daerah-daerah.

“Selain persiapan anggota, segala peralatan dan logistik turut dipastikan berada dalam tahap kesediaan tertinggi dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” katanya bahawa latihan amal itu dirancang mirip kepada keadaan dan ancaman sebenar. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com