30 Telur Cacing Pita Ada Dalam Otak Pesakit


SELEPAS enam bulan menderita sakit kepala yang teruk, akhirnya apa yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 46 tahun ini terjawab apabila doktor menemui 30 telur cacing pita dalam otaknya.

Penemuan itu telah mengejutkan doktor di sebuah hospital di China dan pakar percaya ia berpunca akibat daging babi mentah yang dimakannya dengan ada telur itu berukuran 0.39 inci.

Sebelum itu pesakit berkenaan yang dikenali sebagai Wu mengadu sakit kepala, muntah dan kekejangan.

Imej telur-telur berkenaan dikesan menerusi MRI . Telur-telur tersebut juga mengakibatkan Wu menjadi sakit kepala kerana pengeluaran lebihan cecair dalam otak.

Susulan itu, Wu terpaksa menjalani pembedahan supaya doktor dapat membuang telur dan larva cacing itu dengan berhati-hati.


“Ada antara larva itu dikesan bergerak dalam telur tersebut,” kata Dr. Yang Ming.

Malah kata Dr. Yang memberitahu pihaknya terpaksa mengeluarkan telur itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan ia pecah.

Selepas pembedahan, Wu dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dia dijadualkan menerima rawatan susulan untuk membunuh cacing pita berkenaan.

Doktor juga terpaksa memastikan bahawa tiada parasit yang berada dalam otak Wu, jika tidak ia akan mengakibatkan kerosakan teruk pada tisu otaknya.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com