237 Maut Akibat Demam Kuning Di Brazil


RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 237 orang maut akibat demam kuning, manakala 723 orang disahkan dijangkiti virus tersebut di Brazil.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama yang dicatatkan tahun lalu iaitu seramai 187 orang maut.

Rio de Janeiro merupakan negeri yang paling terjejas diikuti Sao Paulo dan Minas Gerais.

Menurut Kementerian Kesihatan Brazil, peningkatan tersebut amat membimbangkan kerana ia tidak pernah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagi mengekang penularan virus terbabit jabatan kesihatan telah menggerakkan program vaksinasi di Rio de Janeiro.

Sehingga Sabtu, 10 juta penduduk telah berjaya mendapatkan vaksin tersebut manakala empat juta lagi masih berisiko dihinggapi virus berkenaan.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com