1MDB Bakal Ditutup Selepas Penjualan Aset


KUALA LUMPUR- Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan ditutup selepas semua hutangnya langsai dibayar.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah, beliau yakin syarikat itu mampu membayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi yang dijalankan.

“Kita boleh bayar menerusi ‘monetization’ aset-aset yang ada, dalam TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Amanat – Cabaran Ekonomi kepada warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Kota UMK, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Turut hadir semasa majlis itu ialah Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Husaini Omar. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com