1,400 Rumah PPR, Loji Rawatan Air RM41.4 Juta Dibina Di Perlis - Najib


Sebanyak 1,400 unit kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di tiga tempat  di negeri Perlis  tidak lama lagi dalam membantu rakyat tidak berkemampuan memiliki rumah kediaman.

PPR itu akan dibina di Kangar dan Padang Besar, masing-masing 500 unit dan 400 unit lagi di Arau.

Sementara kerajaan Persekutuan juga akan membina sebuah loji rawatan air di Tasoh bernilai RM41.4 juta bagi meningkatkan keupayaan pembekalan air bersih kepada penduduk negeri negeri.

Berita gembira untuk rakyat Perlis itu tentunya tidak disenangi oleh Pakatan Harapan yang akan mengangapnya janji kosong atau dedak  apatah lagi ia diumum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Namun demikian projek-projek itu tetap dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Projek untuk rakyat itu dinayatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melakukan lawatan kerja sehari  ke nereri Perlis hari ini.

Pada masa sama, kata Najib  kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) turut menyediakan peruntukan sebanyak RM50.5 juta untuk pemasangan meter baharu, pembaikan tangki air dan penyediaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi mengatasi isu kadar air tidak berhasil (NRW).

Najib  kerajaan juga mengumumkan pembinaan sebuah pintu kawalan air di Sungai Perlis yang bernilai RM50 juta selain Terminal Pengangkutan Bersepadu di Seriab serta premis perniagaan Plazaria Padang Besar dan Bazaria di Kangar.

“Pembinaan loji rawatan air di Tasoh, projek menangani NRW, pembinaan PPR di Padang Besar dan Arau telah pun diluluskan KeTTHA dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Begitu juga pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Seriab dan Plazaria Padang Besar yang sudah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Manakala pembinaan PPR dan Bazaria di Kangar serta pintu kawalan air baru sahaja diluluskan,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata ekonomi negara tidak akan berkembang jika pembangunan infra-rakyat atau infrastruktur untuk rakyat tidak disediakan dan dilaksanakan dengan baik.

"Apabila keadaan ekonomi sentiasa berkembang dengan baik, kerajaan bukan sahaja mampu membina infra-rakyat malah berpeluang menyediakan pekerjaan dan memberi pelbagai subsidi kepada rakyat yang memerlukan.

Kita tidak mungkin dapat sediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak-anak kita yang keluar dari institut pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) setiap tahun jika ekonomi tidak berkembang," kata Najib. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com